MEDIA CENTRE
EPIC CORPORATE NEWS
EPMSSB EARNS PLATINUM RECOGNITION FROM VELESTO ENERGY BERHAD
07 May 2026
Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMSSB), anak syarikat EPIC Berhad, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan yang dipercayai apabila berjaya merangkul pengiktirafan daripada Velesto Energy Berhad sempena “Supplier Engagement Day 2026” yang berlangsung di Hilton Kuala Lumpur semalam. Ketika acara berkenaan, EPMSSB telah dianugerahkan ”2025 Platinum Award” sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang syarikat dalam aspek Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE), di samping kecemerlangan operasi yang konsisten dalam menyokong keperluan industri. Pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan EPIC dalam memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi yang berteraskan standard HSE bertaraf industri, kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan yang mampan dan berkualiti. Sebagai pemain industri yang beroperasi merentasi sektor tenaga, pencapaian ini turut membuktikan keupayaan Kumpulan EPIC dalam mengekalkan tahap kebolehpercayaan operasi, pematuhan piawaian keselamatan serta keupayaan memenuhi keperluan pelanggan dan rakan perniagaan dalam landskap industri yang semakin dinamik dan mencabar. Kejayaan ini turut menjadi manifestasi kepada dedikasi, profesionalisme dan sinergi seluruh warga kerja syarikat yang sentiasa komited dalam memacu kecemerlangan organisasi melalui budaya kerja yang progresif dan berorientasikan prestasi.