EPIC Berhad Serah Sumbangan RM 500,000.00 kepada TABUNG COVID-19 Negeri Terengganu.

9 April 2020

Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) telah menyumbangkan RM 500,000.00 kepada Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Amzad bin Hashim kepada Menteri Besar Terengganu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar pada 9 April 2020, di Wisma Darul Iman.

Sumbangan tersebut adalah salah satu daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) EPIC Berhad bagi menzahirkan keprihatinan dengan keperluan semasa di negeri Terengganu, terutamanya dalam menangani isu wabak COVID-19 yang turut melanda seluruh dunia ketika ini.

 

TOP