Loading
EPIC Group

Latest Events / News






 


Pada 16 Oktober 2013, EPIC Berhad telah menganjurkan program ibadah korban sempena meraikan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Program yang telah dianjurkan sebanyak 3 kali sejak tahun 2011 ini telah mencipta rekod apabila mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan daripada kakitangan syarikat.

Sekurang-kurangnya, seramai 174 orang kakitangan telah mengambil peluang untuk membeli bahagian lembu yang 
ditawarkan 
oleh syarikat di mana harga untuk sebahagian lembu jauh berbeza berbanding harga yang ditawarkan di luar. 
Pada tahun 2013, sebanyak 40 ekor lembu telah dikorbankan berbanding tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2011 sebanyak
10 ekor dan 34 ekor pada tahun 2013. 

Sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan syarikat telah mendorong pihak syarikat untuk membuka lagi peluang dengan menjual 40 ekor lembu kepada kakitangan. Turut hadir memeriahkan majlis korban ini adalah ahli keluarga kakitangan serta penduduk setempat yang turut bersama-sama bergotong-royong dalam menjayakan majlis ini.

Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat sekitar jam 11.15 pagi.








"Telah menjadi tanggungjawab sosial sesebuah organisasi korporat,di antaranya untuk membantu golongan yang memerlukan melalui bantuan dalam bentuk wang ringgit ataupun sumbangan kemudahan yang turut boleh dimanfaati oleh komuniti setempat.Baru-baru ini, pada 18hb April 2013, EPIC Berhad telah mengambil inisiatif di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dengan menyumbangkan sebanyak 5 buah set komputer kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk kegunaan kakitangan bagi membantu melancarkan urusan kerja-kerja seharian mereka.Penyerahan ini telah dilakukan di Pejabat Kesihatan Daerah oleh wakil EPIC Berhad, iaitu Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Azmi Ngah kepada Dr. Mohd Anuar Abd Rahman,Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pegawai kesihatan Daerah Kemaman.Sebelum ini, EPIC Berhad juga telah menyumbangkan sebanyak 5 set penyaman udara untuk diletakkan di Klinik 1 Malaysia yang bertempat di Bukit Kuang Kemaman dengan bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pesakit yang mendapat rawatan di klinik berkenaan.Pihak pengurusan EPIC Berhad amat berbesar hati untuk membantu mereka yang memerlukan dan ini bersesuaian dengan motto CSR syarikat iaitu "EPIC CARES".























Application Form


 

Name/Nama
Email/Emel
Programme/Perkara
SBU/Position/Company
Contact No/Hp No
Application

 

 

EPIC Group

Copyright Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad © 2012